Blog Hear Me
PROGRAM WORLD HEARING DAY RUN
Pada 3 Mac 2018, Pn Pengerusi, Pn Maryam Sakinah Abang Abdullah telah mewakili Persatuan IbuBapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia (Hear Me) dalam program anjuran Sabah State Health Department Hospital Queen Elizabeth (HQE) yang bertempat di Perdana Park Tg Aru, Sabah pada 6.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Program ini diadakan agar orang ramai dapat menyertai acara larian yang sihat bagi meningkatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti kesihatan dan juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga dan kawan-kawan.
Anak Hearme Muna Raihannah iaitu anak sulung kepada Pengerusi Hearme, Pn Maryam Sakinah Abang Abdullah juga telah mengambil bahagian dalam program tersebut dengan mempersembahkan beberapa rangkap pantun, mengenai kisahnya sebagai seorang pekak yang mendengar dan bercakap, di hadapan semua hadiran dan pelari-pelari.
Hearme juga telah membuka booth di mana ramai pengunjung yang datang untuk bertanya mengenai persatuan. Antaranya adalah daripada golongan pekak sendiri yang baru pertama kali berjumpa dengan kanak-kanak koklea implan. Booth Hearme juga berjaya menarik beberapa ibubapa untuk menjadi ahli baru Hearme.
Juga terdapat dalam perbincangan untuk menubuhkan Hearme cawangan sabah pada masa akan datang.
OBJEKTIF PROGRAM
1) Menarik minat orang ramai untuk bersama-sama melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kesihatan fizikal.
2) Mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga dan kawan-kawan.
3) Memperkenalkan Persatuan Hear Me Malaysia ke masyarakat di Sabah.
4) Memberikan kesedaran kepada masyarakat Sabah mengenai anak-anak masalah pendengaran.
PENCAPAIAN PROGRAM
1) Penglibatan yang positif daripada orang ramai dalam acara larian yang dianjurkan.
2) Berjaya menarik minat ibubapa untuk menjadi ahli baru Hearme.
3) Berjaya mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga dan kawan-kawan.
4) Berjaya melahirkan kesedaran tentang anak-anak masalah pendengaran di kalangan masyarakat Sabah.
5) Berjaya menjalinkan hubungan yang rapat dengan pegawai-pegawai kesihatan di Hospital Queen Elizabeth.
Kongsikan artikel ini: