Sumbangan Anda... Kehidupan Senyuman Harapan Impian Mereka

Tukar Bahasa

Blog Hear Me

MESYUARAT NATIONAL EAR AND HEARING CARE BERSEMPENA WORLD HEARING DAY 2018

Pada 4 mac 2018, Pn Pengerusi, Pn Maryam Sakinah Abang Abdullah telah mewakili Persatuan IbuBapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia (Hear Me) dalam Mesyuarat National Ear and Hearing Care bersempena World Hearing Day 2018  yang bertempat di Ombak Villa Langkawi pada 8.00 pagi hingga 4.30 petang.


Mesyuarat ini diwakili oleh Pn Maryam Sakinah dalam perkongsian isu-isu berkaitan dengan masalah pendengaran selain perbincangan pembentukan resolusi ear & hearing care program antara kumpulan yang akan dibentangkan pada penghujung program.


Pn Maryam juga telah bertemu dengan Pegawai JKM yang bertindak sebagai pelaksana majlis pembangunan oku di mana Hearme boleh menyuarakan hak-hak atau sebarang isu anak-anak OKU Hearme.


Antara topik yang dikongsikan dalam mesyuarat adalah:


1) Akta / perundangan berkaitan OKU Pendengaran – JKM
2) Peranan & Perlaksanaan Kesihatan Primer – Dr Nazrila
3) Halatuju OKU Pendengaran di Malaysia – Dr Salimah
4) Pendidikan Inklusif: Antara polisi dan praktis – KPM
5) Perbincangan pembentukan resolusi ear & hearing care program

 


OBJEKTIF PROGRAM


1) Meningkatkan pengetahuan ibu bapa dalam akta dan perundangan berkaitan dengan OKU pendengaran di Malaysia. 


2) Memberi informasi secara lebih kepda ibu bapa mengenai halatuju dan masa depan serta pendidikan inklusif OKU di Malaysia.


3) Membuka platform untuk ibu bapa berkongsi pengalaman dalam pengurusan kanak-kanak bermasalah pendengaran.

 

 

PENCAPAIAN PROGRAM

 

1) Topik-topik perbincangan yang menarik dan dapat disampaikan secara santai dan mudah difahami.


2) Para hadirin memberikan respon positif dengan melibatkan diri dalam sesi perbincangan dalam kumpulan dan saling bertanyakan soalan melalui sesi taklimat. 


3) Berjaya mengeratkan hubungan antara hadirin yang hadir dalam mesyuarat melalui perkongsian antara satu sama lain berkenaan masalah pendengaran.


4) Interaksi secara langsung antara penyampai taklimat dengan para hadirin memudahkan komunikasi antara kedua pihak.

Kongsikan artikel ini:

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram