Sumbangan Anda... Kehidupan Senyuman Harapan Impian Mereka

Tukar Bahasa

Blog Hear Me

Hear Me Gathering 2023

Persatuan Ibu bapa Anak Masalah Pendengaran (Hear Me Malaysia) telah mengadakan satu aktiviti “Gathering”. Aktiviti ini telah diadakan pada 3 Jun 2023 (Sabtu) bertempat di dewan Casa Green Condo, Cheras, Selangor.


10 buah keluarga telah hadir memeriahkan aktiviti pada hari tersebut. Turut diraikan 2 buah keluarga yang merupakan ahli baru Hear Me turut hadir  bagi mendapatkan sokongan dan info-info yang berkaitan bagi persediaan untuk anak pendengaran mereka. 


Tumpuan aktiviti ini adalah lebih menjurus kepada suai kenal ahli lama dan ahli baru memandangkan tahun-tahun sebelum ini Hear Me tidak dapat melakukan aktiviti bersemuka dengan lebih kerap disebabkan Covid-19 melanda.


Program ini diadakan secara tidak formal lebih kepada lepak santai sekaligus merapatkan silaturrahim dan dalam masa yg sama berperanan sebagai satu sokongan antara satu sama lain dalam erti kata “You not alone mommy/daddy”.


Akhir program, Hear Me mendapat maklum balas yang positif daripada kalangan ahli dan berharap agar aktiviti ini dapat diadakan dengan lebih kerap dan meluas ke negeri-negeri lain.


Kongsikan artikel ini:

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram