Sumbangan Anda... Kehidupan Senyuman Harapan Impian Mereka

Tukar Bahasa

Blog Hear Me

Tayangan Dokumentari & Jamuan Raya Hear Me

Pada hari Ahad, 8 Julai 2018 bersamaan 24 Syawal 1439 Hijrah, Persatuan Ibubapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia (Hear Me) telah mengadakan Tayangan Filem Dokumentari “The Listening Project” dan “Louder Than Words” dan Open House Raya Hear Me 2018 yang bertempat di Pejabat Hear Me, Kajang.

 

“The Listening Project” dan “Louder Than Words” merupakan filem dokumentari kisah benar kehidupan mereka yang mempunyai masalah pendengaran dan secara tidak langsung memberi semangat dan motivasi kepada ibubapa dalam membesarkan anak mereka yang mempunyai masalah pendengaran.

 

Tahun ini Hear Me membuat sedikit perbezaan. Sekiranya tahun2 lepas, open house HM benar2 terbuka pada semua, tahun ini kami fokuskan pada ahli2 Hear Me sahaja. Alhamdulillah berjaya untuk bertemu dengan ahli2 baru dan mengeratkan lagi silaturahim dgn ahli yang lama. Moga dengan usaha ini akan lebih membantu untuk Hear Me bergerak lebih ke hadapan dan membantu lebih ramai kanak-kanak OKU pekak dan keluarga mereka selepas ini.

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan Batin daripada Hear Me.

Kongsikan artikel ini:

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram