Sumbangan Anda... Kehidupan Senyuman Harapan Impian Mereka

Tukar Bahasa

Blog Hear Me

Sesi Pertemuan dan Perbincangan Isu-isu Pendidikan Khas Bersama Persatuan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Pada hari jumaat yang lepas, (14 september 2018) telah diadakan satu sesi pertemuan dan perbincangan “Isu-isu Pendidikan Khas Bersama Persatuan dan Badan Bukan Kerajaan(NGO)” di bilik mesyuarat Wawasan, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM), Putrajaya. Beberapa persatuan dan badan bukan kerajaan(NGO) telah hadir dalam perbincangan bersama pihak KPM ini.

 

Mantan presiden Hear Me, Puan Norziba Fazlina bersama dengan seorang kakitangan Hear Me telah menghadiri sesi perbincangan tersebut bagi mewakili Hear Me. Antara yang turut hadir adalah wakil daripada Majlis Kebangsaan bagi Orang Buta Malaysia (NCBM), Pertubuhan Sokongan Ibubapa Disleksia Malaysia, Persatuan Sindrom Down Malaysia dan Malaysian Association of Speech-Language and Hearing (MASH).

 

Segala isu dan permasalahan yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak Hear Me ini telah disampaikan dan diperjelaskan lagi oleh Puan Norziba dalam perbincangan tersebut. Isu dan permasalahan yang telah disampaikan di sini akan dibawa ke perbincangan seterusnya bersama YB Menteri Pendidikan serta pihak atasan kementerian untuk tindakan selanjutnya.

Semoga melalui perbincangan ini dapat memberi peluang pihak kerajaan mengenali persatuan Hear Me dengan lebih dekat dan memberi peluang kepada anak-anak Hear Me ini mendapat penambahbaikan berterusan dalam sesi persekolahan mereka.

#HearMeMalaysia#
#HearMexKPM#

Kongsikan artikel ini:

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram