Sumbangan Anda... Kehidupan Senyuman Harapan Impian Mereka

Tukar Bahasa

Blog Hear Me

Program Sesi Bersama Syarikat Implan Koklea

Persatuan Hear Me telah menjemput wakil syarikat Cochlear dan Medel untuk memberikan taklimat penerangan berkenaan cara-cara penjagaan dan penyelenggaraan processor serta isu waranti dan insurans processor. Program ini telah berlangsung pada 18 September 2017 (Isnin) pada pukul 2.00 petang sehingga 5.30 petang di pejabat Hear Me.

Program sesi penerangan dari 2 syarikat ini telah dijalankan serentak tetapi di bilik yang berasingan. Encik Alan Chong dari syarikat Labchem telah datang sebagai wakil Cochlear manakala wakil dari Medel pula ialah Cik Huda dan Encik Najmi. Tujuan program ini adalah untuk mewujudkan peluang interaksi antara ibu bapa dengan pihak syarikat di samping memudahkan ibu bapa untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang hak mereka sebagai pelanggan.

Bagi membolehkan ibu bapa untuk mendengar taklimat tanpa gangguan dan selesa, persatuan Hear Me juga menyediakan alat permainan dan aktiviti ringkas seperti mewarna dan melukis untuk anak-anak.

 

AKTIVITI ANAK-ANAK

Penyertaan program pada kali ini bukan sahaja terbuka kepada ahli Hear Me tetapi juga kepada mereka yang bukan ahli. Malah program ini juga berjaya menarik minat seorang peserta bernama Ahmad Tarmizi. Ahmad Tarmizi merupakan seorang pemandu lori dan baharu sahaja memakai alat implan koklea selama 7 bulan. Beliau menyatakan bahawa pemakaian alat implan koklea membantu beliau untuk mendengar dengan lebih jelas berbanding dengan alat bantu dengar (HA). Perkongsian pengalaman beliau secara tidak langsung telah memberikan semangat kepada ibu bapa bahawa anak kelainan upaya juga mampu untuk membesar seperti anak yang normal.

Program diakhiri dengan jamuan ringkas dan ibu bapa mengambil peluang untuk saling berkenalan antara satu sama lain. Rata-rata peserta memberikan komen positif terhadap program ini. Penganjuran program seperti ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada ibu bapa tetapi juga kepada syarikat implan koklea.

Kongsikan artikel ini:

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram