Sumbangan Anda... Kehidupan Senyuman Harapan Impian Mereka

Tukar Bahasa

Blog Hear Me

Majlis Rumah Terbuka Hear Me 2017

Pada 15 Julai 2017 (Ahad) lepas, Persatuan Hear Me telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hear Me 2017 di Dewan Masyarakat Taman Rowther. Seramai 192 tetamu turut sama hadir meraikan majlis tersebut.

Objektif utama majlis ialah untuk menghubungkan silaturahim dan bermaafan diantara ahli persatuan dan mewujudkan peluang interaksi sesama ibubapa untuk membincangkan perkembangan anak-anak HEAR ME bersama dengan golongan profesional sempena hari raya.

Istimewanya majlis kali ini, pengacara majlisnya ialah Encik Mohd Azhani Samad (Pengacara RTM) bersama dengan Cik Siti Rubinah Ramnan dari Akademi Pengacara Malaysia (APM). Majlis diserikan dengan ucapan-ucapan daripada adik Nur Kamilia Afifah Binti Aminuddin (Wakil anak-anak HEAR ME), Pengerusi HEAR ME iaitu Pn Maryam Sakinah Binti Abang Abdullah dan juga daripada Profesor Dr. Siti Zamratol Mai-Sarah Mukari (Pengarah Institute-HEARS).

Semasa menikmati juadah, slide dan video aktiviti HEAR ME telah  ditayangkan dan antara yang dinanti-nantikan ialah video persembahan daripada adik Jayashree A/P Jeya Santhira Kumar bermain alat muzik organ. Anak – anak HEAR ME gembira apabila diberikan duit raya dan teruja dengan persembahan daripada Mr Clown yang hadir menceriakan majlis ini.

Sesi beramah mesra yang berlaku sepanjang majlis dapat mempertemukan ahli baru dan berkenalan lebih lanjut dengan semua ahli yang hadir. Malah wakil daripada Harian Metro juga turut hadir untuk membuat liputan. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan baik tanpa sebarang masalah yang besar.

Kami dari barisan ahli jawatankuasa HEAR ME ingin mengucapkan ribuan terima  kasih dan setinggi – tinggi penghargaan kepada pihak – pihak dibawah kerana memberi tajaan dan sumbangan untuk menjayakan majlis ini:

 

Tidak dilupakan juga pada para sukarelawan, semoga Allah merahmati kalian:

  • Pengacara majlis iaitu En Mohd Azhani Samad (Host RTM) bersama Cik Siti Rubinah Ramnan dari Akademi Pengacara Malaysia
  • Katering dari Pinggan Cafe yang menyediakan juadah yang lazat (website: https://www.facebook.com/PingganCafe/?ref=py_c)
  • Awang the Clown yang menceriakan majlis kami (website: http://www.badutmalaysia.com/p/about-us.html)
  • Hikmah Wilayah Persekutuan kerana sudi pinjamkan dekorasi hari raya (website: https://www.facebook.com/HIKMAHwpkl)
  • Dan semua yang membantu dalam pelbagai cara bagi menjayakan acara ini secara langsung mahupun tidak langsung.

Kongsikan artikel ini:

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram