Sumbangan Anda... Kehidupan Senyuman Harapan Impian Mereka

Tukar Bahasa

Blog Hear Me

Lawatan ke Zoo Negara bersama Maybank

November 18, 2019 – Bertempatkan di Zoo Negara, Unit Komunikasi Korporat CSR Maybank telah menganjurkan ‘MAYBANK GROUP GLOBAL CR DAY’ bersama dengan anak-anak Hear Me Malaysia. Seramai 31 orang anak Hear Me telah mengikuti lawatan ke Zoo Negara ini. Selepas pendaftaran dan sarapan pagi, kami diberi taklimat ringkas dari staff Zoo Negara dan masuk ke kumpulan yang telah diberikan. Sejurus selepas itu, aktiviti ‘Explorace’ dimulakan pada jam 10.15 pagi dan berakhir di check point terakhir di The Wild Restaurant pada jam 12.15 tengahari. Sebelum makan tengahari, pihak Maybank menyerahkan goodies bag kepada setiap anak Hear Me serta penyampaian hadiah yang berupakan hamper pada semua kumpulan kerana telah berjaya menghabiskan aktiviti explorace ini.

Aktiviti luar seperti ini bukan sahaja dapat memberikan anak-anak Hear Me teruja, bahkan ibu bapa juga sangat gembira dapat terlibat secara langsung. Oleh itu, banyak input yang anak-anak Hear Me dapat antaranya mengenali haiwan, bunyi-bunyi binatang dan sekaligus ibu bapa boleh buat terapi di sana.

Syabas kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung terutamanya para ibu bapa ! Akhir sekali, Terima kasih juga kepada Maybank !

Kongsikan artikel ini:

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram