Sumbangan Anda... Kehidupan Senyuman Harapan Impian Mereka

Tukar Bahasa

Blog Hear Me

Hear Me on Radio BERNAMA

Alhamdulillah!

Rezeki untuk Persatuan Hear Me apabila diberikan pula slot temuramah oleh pihak radio BERNAMA pada tarikh 13 Julai 2017. Slot temuramah ini telah bersiaran ke udara pada pukul 9.15 pagi.

Persatuan Hear Me yang diwakili oleh presiden persatuan, Puan Maryam Sakinah telah hadir ke stesen radio BERNAMA untuk ditemuramah. Puan Maryam turut berkongsi pengalaman memiliki anak masalah pendengaran serta menceritakan secara ringkas bagaimana cochlear implant dilakukan terhadap anak-anak Hear Me dan kos yang perlu ditanggung oleh ibu bapa untuk mendapatkan alat pendengaran untuk anak-anak mereka.

Semoga dengan sedikit pendedahan mengenai Persatuan Hear Me melalui radio BERNAMA akan membantu untuk mempromosikan objektif Persatuan Hear Me serta membuka mata masyarakat agar lebih prihatin akan nasib mereka yang mempunyai masalah pendengaran.

Kongsikan artikel ini:

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram