Sumbangan Anda... Kehidupan Senyuman Harapan Impian Mereka

Blog Hear Me

Hari Audiologis Kebangsaan 2023 – Hospital Cyberjaya

28 Oktober 2023 – Hospital Cyberjaya, Selangor.


“Dengar Sepanjang Hayat”..


Bersempena Hari Audiologis Kebangsaan 2023, Hear Me berharap agar semua audiologis di Malaysia diberikan kesihatan dan kekuatan untuk terus menabur bakti kepada anak-anak masalah pendengaran. Kami juga berharap agar pihak KKM mengotakan janji untuk menambah bilangan penjawatan audiologis bagi memastikan perkhidmatan KKM dapat diberikan secara optimum kepada seluruh rakyat Malaysia.


Masa depan anak-anak masalah pendengaran akan berterusan cerah dengan semangat dan dedikasi yang ditunjukkan oleh para audiologis semasa program tadi. Semoga Allah balas jasa kalian semua.


Turut bersama salah seorang anak Hear Me, pengguna koklea implant sejak berumur 2 tahun, adik Muhammad Khaizuran bin Muhammad Khidir (7 tahun) telah diberi tanggungjawab untuk mengiringi majlis bacaan doa sebelum majlis perasmian. Selain itu, anak-anak Hear Me juga diberi diberi peluang untuk mengetengahkan bakat masing-masing antaranya mendeklamasikan sajak oleh Danial dan Hannah diiringi alunan muzik daripada Syuhada.


Terima kasih KKM menjemput Persatuan Hear Me dan memberi ruang untuk anak-anak Hear Me kami ke hadapan. Apa yang mereka tunjuk membuktikan pentingnya peranan audiologis dalam perjalanan mendengar mereka. Semoga lebih banyak lagi kerjasama antara Hear Me dan KKM terjalin demi semangat dan masa depan lebih ramai anak-anak Hear Me Malaysia.


Jika ada sumur di ladang,

Izinkan kami menumpang mandi,

Jika ada umur yang panjang,

Mohon kita berkerjasama lagi.

Kongsikan artikel ini:

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram