Sumbangan Anda... Kehidupan Senyuman Harapan Impian Mereka

Tukar Bahasa

Blog Hear Me

Crowdfunding 2019

Sepanjang tahun 2019, Hear Me telah berjaya mengutip dana untuk membantu meringankan beban anak Hear Me yang memerlukan kos operation implant. Ini adalah senarai nama anak Hear Me yang memerlukan dana untuk operation.

  1. Shanvika Shanker (neuro implant)
  • Dana yang dapat dikutip sebanyak RM 106,571 pada Jan 2019.

Di samping itu, pada 3 & 4 Jun 2019 adalah tempoh hari Persatuan Hear Me melancarkan tabung sumbangan kilat bagi membantu meringankan beban ibu bapa adik Firas Fitri untuk membeli alat-alat pendengarannya yang telah hilang akibat rumahnya dirompak. Memerlukan dana untuk membeli hearing aid (sebelah) dan bateri Cochlear Implant.

  1. Mohammad Firas Fitri Bin Mohd Nasrudin
  • Dana yang dapat dikutip sebanyak RM 3321.80 pada Jun 2019.

Selain itu, pada tahun ini Hear Me Malaysia juga berjaya membuat kutipan derma kilat untuk anak Hear Me yang hilang wang untuk kos pembedahan koklea implant kerana dirompak di rumahnya. Pembedahan ini dijadualkan pada 29 Oktober 2019 tetapi sekiranya bayaran RM 10,200 tidak dapat dilakukan pada 28 Oktober 2019 maka pembedahan ini akan ditangguhkan.

  1. Soraiya Binti Alamin Said Abdalla Mohsin
  • Dana yang dapat dikutip sebanyak RM 10,200 pada Oktober 2019.

Kongsikan artikel ini:

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram