Sumbangan Anda... Kehidupan Senyuman Harapan Impian Mereka

Blog Hear Me

Jamuan Raya 2019

Pada hari Sabtu, 15 Jun 2019 bersamaan 12 Syawal 1440 Hijrah, Persatuan Ibubapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia (Hear Me) telah mengadakan rumah terbuka dan sambutan Hari Raya Hear Me 2019 yang bertempat di Pejabat Hear Me.

Alhamdulillah berjaya untuk bertemu dengan ahli-ahli Hear Me dan dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli. Semoga usaha ini dapat membantu untuk Hear Me melangkah lebih jauh ke hadapan dan membantu lebih ramai kanak-kanak OKU pekak dan keluarga mereka selepas ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin daripada Hear Me.