Sumbangan Anda... Kehidupan Senyuman Harapan Impian Mereka

Tukar Bahasa

Blog Hear Me

2nd Kuala Lumpur Universal Newborn Hearing Screening (UNHS) Seminar

Stigma yang menebal dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap golongan masalah pendengaran menunjukkan bahawa masyarakat kita memiliki tahap kesedaran yang rendah terhadap perkara sedemikian. 

Oleh itu, demi meningkatkan kesedaran serta memperjuangkan nasib mereka yang mempunyai masalah pendengaran terutamanya kanak-kanak, Persatuan Hear Me telah mengambil peluang menyertai program 2nd Kuala Lumpur Universal Newborn Hearing Screening (UNHS) Seminar 2017 yang berlangsung pada 18 Julai 2017 di Pusat Perubatan UKM. 

Program ini bukan sahaja menghimpunkan profesional daripada ENT, Audiologi dan Speech Language tetapi turut memberi ruang kepada peserta untuk berbincang dengan panel jemputan. Berkesempatan dengan itu, Persatuan Hear Me telah membuka booth serta mengedarkan pamphlet kepada setiap pengunjung yang mengunjungi booth Hear Me.

Kongsikan artikel ini:

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram