Blog Hear Me
PROGRAM PENGURUSAN KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN DAN PERTUTURAN PEMANTAPAN KEMAHIRAN IBU BAPA HKL SIRI 2
Pada 26 dan 27 Februari 2018, Pn Pengerusi, Pn Maryam Sakinah Abang Abdullah telah mewakili Persatuan IbuBapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia (Hear Me) dalam program anjuran Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang bertempat di Bilik Seminar Aras 5, Kompleks Pakar & Rawatan Harian Hospital Kuala Lumpur pada 8.00 pagi hingga 4.30 petang.
Program ini diwakili oleh Pn Maryam Sakinah iaitu Pengerusi Hearme untuk memberi taklimat dan perkongsian kepada ibu bapa HA dan CI.
Topik yang dikongsikan adalah:
“Peranan Support Group Untuk Membantu Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran”
OBJEKTIF PROGRAM
1) Meningkatkan kemahiran ibu bapa dalam melatih anak untuk kemahiran mendengar, bahasa dan pertuturan.
2) Meningkatkan kemahiran ibu bapa dalam pengendalian alat bantu pendengaran.
3) Membuka platform untuk ibu bapa berkongsi pengalaman dalam pengurusan kanak-kanak bermasalah pendengaran.
4) Mempromosi Persatuan Hear Me kepada para hadirin dan mengumpul ahli baru
PENCAPAIAN PROGRAM
1) Berjaya menarik tumpuan para hadirin memandangkan kandungan taklimat disampaikan secara santai dan mudah difahami.
2) Respon yang positif daripada para hadirin seperti bertanyakan soalan dan melibatkan diri dalam sesi latihan ringkas sepanjang program.
3) Interaksi secara langsung antara penyampai taklimat dengan para hadirin memudahkan komunikasi antara kedua pihak.
4) Pihak hospital memberikan kerjasama yang baik kepada Hearme sepanjang program berlangsung.
Kongsikan artikel ini: