Sumbangan Anda... Kehidupan Senyuman Harapan Impian Mereka

Blog Hear Me

MASALAH PENDENGARAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

Simptom-simptom dan kesan-kesan yang terjadi disebabkan masalah pendengaran

Masalah pendengaran dalam kalangan kanak-kanak boleh terjadi sejak lahir lagi mahupun secara tiba-tiba. Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak memainkan peranan penting untuk peka dalam mengenalpasti tanda-tanda masalah pendengaran. Pengesanan awal amat penting kerana intervensi awal lazimnya memberi keputusan yang lebih baik. 

Antara tanda-tanda masalah pendengaran dalam kalangan kanak-kanak;

 

  • Tidak memberi respon terhadap bunyi kuat
  • Tidak memberi respon ketika dipanggil
  • Kerap bercakap dengan kuat
  • Menonton televisyen dengan nada yang kuat
  • Mengadu sakit telinga atau keluar nanah dari telinga
  • Mempunyai kelewatan dalam perkembangan  pertuturan

 

Tahap perkembangan pertuturan yang normal boleh dirujuk di rantaian ini dari muka surat 27-30, http://www.mpaweb.org.my/file_dir/6549703650eae1487f6fb.pdf

 

  • Kerap meminta pengulangan ketika berbual
  • Berkhayal atau tidak memberi tumpuan terutama ketika di dalam kelas

 

Masalah pendengaran mengakibatkan kanak-kanak cepat hilang tumpuan kerana mereka menggunakan tenaga yang lebih berbanding kanak-kanak normal untuk memberi tumpuan.

 

  • Elak berkomunikasi dan bersosial bersama rakan-rakan

 

Setiap kanak-kanak mempunyai tanda-tanda masalah pendengaran yang berbeza. Sekiranya anda mendapati anak-anak anda mempunyai tanda-tanda diatas adalah dinasihatkan supaya membawa anak anda berjumpa audiologis/ pakar pendengaran untuk pemeriksaan yang menyeluruh.

Kongsikan artikel ini:

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram